Selasa, 27 Oktober 2009

Mimpi

Dua tiga hari yang lepas, aku ada mendapat 2 mimpi yang kuingat sampai hari ini. Begini bunyi mimpinya(errr..mimpi ada bunyi ke?)Dua malam lepas, aku bermimpi menikmati strawberi salut coklat. Yummmy..kesedapannya terasa sampai sedar. Malam semalam aku bermimpi menaiki kapal seakan-akan kapal titanic belayar entah ke mana hala. Terasa-rasa ombak melambung tubuhku sehingga ke jaga. Bila terjaga, aku asyik memikirkan mengenai mimpi tersebut. Tapi mimpi makan strawberi salut coklat tu, mungkin membawa maksud yang aku akan bertemu seorang jejaka seumur dato' K dan sekaya beliau?Mentelah dengan sosok rupa bakal jejaka yang agak sedap mata memandang?(sambil mataku terkelip-kelip berangan..heh)Kemudian mimpi menaiki kapal ala-ala titanic tu menandakan aku dan bakal suami ku itu menaiki kapal untuk berbulan madu?heh..heh...

Macam-macam lah hal mimpi ni.Tapi adatlah mainan tidur kan.Bukan boleh percaya sangat pun. Aku teringat masa zaman aku sekolah menengah dulu.Zaman 4U2C,KRU,NICO...aku antara follower band boy masa tu la kan.Satu malam tu aku bermalam di rumah wan aku kat kampung. Masa tu ada kenduri kahwin Pak Lang aku. Pada malam tu, aku telah mendapat satu mimpi....jeng-jeng-jeng. Dalam mimpi itu aku telah bertemu dengan Norman KRU.Bukan setakat bertemu,kami siap couple lagi tau.I love U...I Love U ler kekononnya. Bila terjaga,terus aku 'terjatuh cinta' kat si Norman tu...walhal yang aku minat si Yusri.Standard la kan...zaman remaja..cinta remaja baru nak naik..dek mimpi jer boleh jatuh cinta. Tapi itu dulu lah ye...skang ni, setakat mimpi, kena rasional lah ye.Kerana kita bukan lah di alam remaja lagi.Mesti berfikiran waras dan munasabah kan. Tapi apa maksud mimpi aku tu ya?(mengangkat kening sebelah ala Ziana Zain)

5 ulasan:

oranglidi berkata...

HAHHAHHAHAHAH.. lawak plak baca psl mimpi lu ni. hehee. semuga btul2 jadi mmpi tu.

norman KRU? hahahaha.

Firol berkata...

kena tanya tafsir mimpi ngan ustaz dan agamawan..

kalu mimpi buruk senyap je..tak yah cerita

sambalgesekanaknogori berkata...

oranglidi,kalu betul mimpi gua...lu orang pertama wa jemput makan kenduri k.heh..norman KRU ok apa...dari norman hakim..ops..sori memey..

firol,betul..betul..betul..

langkasuke berkata...

peh,lu dah tahap kritikal ni.. kawinla wahai kakakku..

kehkehkeh..

sambalgesekanaknogori berkata...

Weh lu 'langkasuke',saja carik gaduh ker?Kot dah tiba jodohnya..maka dah lama lah kakak ni mendirikan rumahtangga wahai adik ku...heh.