Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 29 Oktober 2009

Cerita Officemate ku

Ceritanya bermula begini. Dalam bulan 7 yang lalu, aku telah mengikuti rombongan pejabat ke Pulau Langkawi. Dalam rombongan tu, turut sama salah seorang kawan sepejabat bernama A. Dia ni boleh dikatakan jurukamera tak rasmi jabatan.Ke mana pergi mesti laptop dan kamera tak tinggal.Kamera dia bukan digital tau tapi DSLR(betul ke?)Mahal woo...kamera tu.Tapi yang aku nak cerita bukan pasal kamera dia tapi pasal sejarah dia semasa bekerja di tempat lama dulu sebelum berpindah di pejabat aku.

Mengikut cerita, semasa dia bekerja di office lama dia dulu, dia mengalami tekanan perasaan dengan persekitaran office dan orang office dia yang dia tak serasi.Hari-hari nak pergi kerja dia mesti rasa tertekan,berat hati,susah hati.Macam-macam perasaan lah dia rasa.Kot kita pun kalau tak suka kat satu-satu tempat tu mesti hati tak tenang nak pergi kerjakan. Aku dulu masa kerja kat airport dulu pun ada perasaan macam tu.Berdebar-debar jer nak pergi kerja. Kerja dalam tekanan.Baik,berbalik pada si A ni.Masa kami melayan mata nak tidur di Langkawi tu, dia pun membuka topik ketidakselesaan dirinya semasa bekerja di tempat lama.Macam-macam yang diadukannya.Dari suasana kerja sampai perangai kawan setugas dengannya.Memang tak ada yang memotivasikan langsung.Aku pun terus mendengar luahan perasaannya sambil sesekali menyampuk dan memasukkan unsur 'batu api' dalam cerita beliau(heh..heh..apa barang takat jadi pendengar jer,nasi tambah ah baru syiok bah!)

Dalam pada beliau bercerita itu, tiba-tiba dia mengeluarkan kenyataan berbunyi begini...'sampai pernah terfikir, tengah perjalanan nak ke tempat kerja tu berdoa agar dilanggar bas.Boleh masuk hospital,kalau cedera boleh duduk rumah lama dengan keluarga,tak payah pergi kerja'Mak aih.. kronik beliau punya tahap 'tension'.Sampai mintak kena langgar.Menderita jiwa betul dia.Yang aku pulak,member tu cerita sikit punya serius aku boleh bantai gelak guling-guling pulak.Mana taknya,itu lah pertama kali aku mendengar cerita orang yang berdoa agar dirinya dilanggar bas agar berpeluang duduk lama di rumah. Boleh kau tak gelak?Sampai sekarang member aku tu fobia bila disebut Negeri P.Pinang kerana tempat kerja dia tu di P.Pinang.Kalau boleh memang tak mahu jejak kaki lagi kat sana kerana tekanan yang pernah dilaluinya.

Tapi sekarang,member aku tu dah berbahagia dapat kembali ke N.Sembilan duduk bersama keluarga tanpa perlu mendoakan diri dilanggar bas lagi.Kira She lives happily ever after..sekian,wasallam.

5 ulasan:

Nmcdillo familo berkata...

ye la kak...maybe she is live happily ever after..tp nape keputusan tahap kemurungan tu mnyatakan yang ese ni depressed tahap teruk..wuwuuwuu....setiap masa kita mengalami permasaalahan yg berbeza demi tuk mematangkan kita. den terimo jo kak..tp den takut jd bertambah teruk. doakan den kak ye hehee....

sambalgesekanaknogori berkata...

alamak dilla dillot...akak rasa kono 'berjodoh' cepat baru depressed dilla ok kot?heh..rileks ah bro.Gua doakan lu sentiasa aman bahagia k.

langkasuke berkata...

Allah uji kita bermakna Allah syg kita.. kuat atau pun tidak je kita nak hadapinya..

Tempat Sembunyi Lipas Kering berkata...

apsal den tatau citer ni???hehehe

sambalgesekanaknogori berkata...

Mana nak tau en.lipas oii...asyik sembunyi jerkk...heh..heh...kalau keluar hati-hati...ridsect ada di mana-mana...