Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 7 November 2008

Cuti!Bestnyer..........

Halluuuuuu....hari ni terasa sangatlah seronoknye. Coz...hari ni aku tak kerja.Cuti. Biasa lah..orang gomen kan cuti Sabtu dan Ahad. Tapi kat office aku, Sabtu Ahad pun still ada orang kerja. Bahagian teknikal je lah.Tambahan wabak Chikungunya dan Denggi yang makin berleluasa ni. Ni dah hujung tahun ni, macam-macam kerja berlambak nak kena siapkan. Mana bos suruh wat kursus, SKT lagi, dan lain-lain kerja yang diarahkan dari masa ke semasa. Maklumlah, semua tu terkandung dalam surat akujanji masa memula masuk kerja dulu. Orang gomen mesti kena sign surat ni tau. Kalu tak, tak leh sah jawatan. Adoiii....napa la aku still kena fikir pasal kerja walaupun sedang bercuti....tak aman betul lah.....kekadang rasa nak berhenti dan buat bisnes sendiri. Tapi, bukan senangkan....ntahlah...sebagai manusia ni, kita memang susah nak bersyukur dengan apa yang kita adakan. Dah ada kerja nak berhenti, bila berhenti, ternganga seorang diri nak cari kerja pulak.....macam-macam betul. Tapi, dah nama pun manusiakan...cabaran,dugaan, semua tu kena tempoh dengan penuh sabar dan redha. Semoga keimanan aku terus utuh dalam mengharungi semua rencam dunia ni.Chewah! Bercakap pasal cuti ni, aku teringin bebenor kalu dapat menghabiskan waktu cuti dengan melancong ke tempat-tempat menarik dalam or luar negara. Tapi, dalam keadaan ekonomi aku yang tak begitu mengizinkan ni. Nampaknya, terpaksa lah hasrat tu dipendamkan buat seketika.Tambah buat aku teruja sangat nak gi melancong ni bila tengok chanel 707 astro, discovery and living yang pengacara di samantha brown pasport to europe tu,best sesangat. Hah...ni nak bagi tau....rahsia...heh...dulu2 masa kecik2 dulu lah...aku teringin sangat nak jadi cabin crew...aku seronok sebab kita boleh keliling dunia....kalu tak silap, masa tu aku umur 8 tahun. Aku terjumpa satu magazine yang tulis cerita pasal cabin crew ni. Sejak tu, aku berangan sangat nak jadi cabin crew. Tapi....semakin aku dewasa, semakin aku rasa cita-cita aku tu tak kan tercapai. Adalah sebab2nye yang aku rasa aku tak kan boleh jadi cabin crew ni kan....yang aku mampu jadi pun Checking Agent kat kaunter Airport...jadilah....daripada tak ada...at least dapat gak lah aku peluang masuk dalam kapal,jumpa cabin crew....heh.

Isnin, 3 November 2008

Kali pertama..........

seronoknye.....perasaan ada blog sendiri ni.Heh....sebelum ni, asyik baca blog orang lain. Seronok gak....macam-macam kisah kita boleh tahu kan? Aku ni, kalau nak ikutkan, tak lah suka sangat baca blog ni. Memula lah kan....tapi, orang kata, tak kenal maka tak cinta.....blog yang pertama aku baca dan buat aku teruja nak ada blog sendiri ialah...jeng...jeng..jeng..pemenangnya ialah....'tinatheseducer' ala, yang tajuk dia 'gat dam' tu...seronok tul baca blog dia...kelakar tau. Now....terjebak lah aku ke dalam arena bloger ni..tapi baru nak bertatih lah....ni terkial-kial lagi wat catatan hah....tapi tak apa kan, mana ada baby lahir-lahir terus berlari kan?kalu ada, aku rasa maunye dah pengsan si tukang sambut....heh...k lah, ni catatan pengenalan jer...nak test dulu. By the way, gambar ni masa aku gi beraya kat umah x housemate masa dia duduk kat kota warisan dulu. Skang dia dah dok kat putrajaya. Kerja gomen gak,macam aku....kami dua-dua bekas Customer Services Agent kat K.L.I.A. yang kekal skang keja kat sana kawan aku yang dok belah kanan tu hah....walhal dulu, dia lah orang yang nak berhenti beria....aku bagai nak rak nasihat kat dia jangan berhenti...last-last aku yang chow dulu...heh...good luck my best friend aida. For Lela....panjang umur kita jumpa lagi k.