Selasa, 29 Disember 2009

Zaman sekolah 1

Adalah satu waktu di masa aku form 5 dulu.Cerita sikit punya lama ni. Ni baru teringat balik. Kisahnya, aku dengan sorang kawan aku ni berpakat nak kena kan sorang budak lelaki sekolah sebelah. Untuk pengetahuan, kami ni sekolah perempuan. Biasa ah,dah tak ada budak lelaki kat sekolah kami, so usha ah budak lelaki sekolah sebelah.Heh.Eleh..korang pun sama kan..Plannya, member aku dapatkan no.phone budak lelaki ni..kemudian kitorang sapa-sapa yg berani,call budak tu. Aku dengan penuh gentlewomen pun menyahut cabaran itu lantas mengambil risiko untuk menelefon budak lelaki terbabit.

Untuk makluman, itu lah kali pertama aku mencuba bakat dalam arena mengusha ni. Sebelum nih..sumpah tak tau.Malu pun iya..lagi pun aku sedar diri yang tak seindah mana ni kan..he..bermadah la pulak. Maka operasi mengusha pun bermula. Tiap-tiap malam ah bergayut di telefon umah..ni tk padan nak SPM ni.Nasib budak tu yg call.Kira percubaan mengayat 'ayat-ayat cinta' aku kat budak ni agak berjaya lah. Selepas 3 minggu berhubung..kami mengambil keputusan untuk membuat pertemuan..cewah..memula aku menolak dengan baik kerana aku pun bukan nak serius pun dengan dia..sekadar berkawan tanpa kenal rupa je. Tetapi setelah dipujuk rayu..hatiku yg keras ini pun cair bagai kan aiskrim di tengah hari terik..ahak..ahak..Setelah persetujuan dicapai,maka temujanji pun diatur.

Hari temujanji..'kembang kempis dadaku...merangkai butir cinta..'heh..melalut pulak. Seperti kebiasaan temujanji,kena lah aku bersiap cantik-cantikkan..masalahnya..tak cantik mana pun..perasan je lebih..Kami berjanji untuk berjumpa di depan bangunan yang depannya ada pokok bebanyak tempat orang lepak. Depan bangunan tu ada satu shopping complex yang memang semua orang tuju kat situ..memang masa tu shopping complex tu paling havoc ah. Aku tunggu mamat ni dengan sorang member aku. Dengan rambut tocang lipan sambil memintal-mintal hujung rambut, aku setia menanti si mamat ni. Rupanya,si mamat ni dah tunggu kami kat pokok sebelah dgn basikal bmx dia.Sedang dia dok bersembang dengan kawan dia sambil terjeling-jeling kami kat sebelah, aku memberanikan diri pergi bertanya..'Salam...ni .......(Nama dirahsiakan.heh)Si mamat itu mengangguk takut-takut. Aku pun hairan lah..apasal lak dia takut-takut.

Tak sempat duduk..tetiba jer si mamat ni minta diri nak balik.Dia dengan kawan dia nak blah kerana ada hal. Aku dan kawan aku pun tercengang-cengang lah..apa kes?Tapi tak kisah lah..walaupun hairan campur bengang..boleh dia blah tinggal kan aku terkontang kanting macam tu..Malamnya seperti biasa aku pun menunggu lah panggilan telefon mamat ni..tapi sampai ke sudah..dia tak call pun. Maka malam esoknya aku memberanikan diri call dia. Mujur dia yang angkat.Aku pun bertanya,dia sibuk ke?tau apa jawapannya?jawapan yang dia tak pernah berikan setiap kali aku tanya sebelum pertemuan kami tu.'ha ah...sibuk.'dengan nada acuh tak acuhnya. Aduh..pedih menikam kalbu rasanya jawapan yang diberi. Aku pun tak nak lah seperti perigi mencari timbakan, maka tindakan bijak aku ialah terus meletakkan telefon dan terus tidak menghubungi dia untuk selama-lamanya.

Kesimpulannya ialah..budak lelaki tu menjauhkan diri mungkin kerana malu berkawan dengan aku yang tak serupawan mana. Mentaliti budak lelaki tahun 1995 kan..zaman fiona..4U2C dulu kan...mesti bajet awek rappers jer kan..aku pulak dengan cermin mata besar,skema semacam jer..kulit pun berkarat asyik berjemur...badan pun sedikit berisi...siapa lah nak pandang..Begitu lah kisah zaman sekolah aku dulu..ntah apa-apa..tapi,bila dah tua-tua ni,bila terkenang semula rasa nak tergelak..guling-guling pulak.

Selasa, 22 Disember 2009

RiMaS

Hari ni datang kerja. Serabut pagi-pagi tengok fail dan surat yang perlu diambil tindakan. Semalam cuti kecemasan. Hari ni nasib lah kerja bertimbun. Meluat ah..rasa nak campak jer fail-fail tu ke Kutub Utara biar hilang tanpa kesan. Tak pun kat Segi Tiga Bermuda.Biar fail-fail tu dok diam kat sana. Ringan sikit kerja aku. Heh....jangan kau mimpi kata Siti Sarah dalam lagunya...selagi dah namanya kerja..selagi tu lah fail-fail dan surat menyurat yang perlu kan tindakan tu akan terus menghantui hidup ku hari demi hari.

Lagi pun...kerja kan..kalau tak ada fail dan surat-surat tu, tak ada lah kerja aku. Makan gaji buta je lah jawabnya. Tapi kekadang aku rasa terlalu banyak bebanan kerja yang perlu dibuat oleh seorang kerani. Mana nak urus surat,fail,pastu sistem Sumber Manusia bagai lah..belum lagi urusan perkhidmatan staff...macam-macam...susah rupanya jadi kerani zaman sekarang ni.Tapi tak mengapa,kerja itu kan ibadat..maka kena lah ikhlas melakukannya..meski kadangkala hati memberontak..tapi bila diingat kalau nak dapat rezeki yang berkat,kita perlu ikhlas dalam bekerja,kurangkan merungut dan sebagainya. Cakap memang mudah..nak melaksanakannya,aduh..tuhan aje yang tahu. Sekali dua teringat lah.dah lama-lama,bila dikuasai rasa marah dan bengang dengan kerja bertimbun, masa itu lah keikhlasan bertukar kemeluatan..mulut merungut tak henti..aduh....bagaimana ya nak memupuk rasa ikhlas dalam bekerja?Memang banyak artikel dan buku-buku berkaitan, namun kesedaran masih tak kunjung datang...kesudahannya,kembali ke sikap asal yang tak ikhlas itu semula.Sabar je lah.

Isnin, 21 Disember 2009

Rindu...........

Aku dalam mood 'rindu'..ahaks..Baru sekejap tadi berpisah. Dah terigau-igau tingkahnya di depan mata. Senyumannya yang manis, gelak tawa yang menghiburkan dan telatah lucunya. Aku jadi rindu. Rindu sangat. Bagaimana harus ku tempuhi hari esok tanpa dirinya di sisi ku lagi?Tidur malam ku sunyi tanpa dia disisi. Meski kadangkala sikapnya mencabar kesabaranku...namun aku tetap rindu akan sikap itu..Aku memang rindu..serindu-rindunya.Entry ni khas untuk my lovely anak buah...NURDANIA BINTI NORAZLI. Mak ngah rindu kakak....

Sabtu, 19 Disember 2009

Contohilah sikap sekumpulan penguin

Tadi aku termenonton rancangan langkah mawi di Australia. Masa tengok tu, ada diceritakan mengenai penguin yang akan berjalan apabila kumpulan mereka telah cukup. Contohnya, kalau group di'ekor' ada dalam 20 ekor,mereka akan tunggu hingga cukup ahli kumpulan baru mereka bergerak. Bagus kan..Penguin pun ada semangat setiakawan yang baik. Bertuah lah kalau dapat kengkawan manusia yang macam sikap penguin tadi kan...tak lah kita ditinggalkan terkedek-kedek dibelakang..kan....

Suka sangat....

Perasan tak? Kita akan mudah suka kat seseorang yang punyai sikap dan citarasa yang sama macam kita? Tiba-tiba kita rasa rapat dengan orang tu walhal baru kenal sekejap jer tak sampai sehari. Kita perasan orang tu macam kembar kita berlainan rahim ibu je? Kita rasa teruja yang amat bila fikiran beliau sama dengan fikiran kita? Sejarah yang pernah dilalui juga sama dengan sejarah kita? dan pengalaman yang ditempuhi juga sama dengan pengalaman kita? Kita rasa suka.....suka sangat...heh..

Selasa, 15 Disember 2009

Aku Perlu 'Nafas Baru'

Agak aneh entry kali ini. Aku tiba-tiba menjadi agak sentimental. 'Persekitaran' sejak kebelakangan ini tidak banyak membantu emosi dan semangatku. Aku makin 'hilang' dan 'tenggelam' dalam arus persekitaran yang membingungkan dan melemaskan. Sekeliling ku 'sesak'. Hari demi hari...kegembiraan dan keceriaanku di saat aku melayari dunia maya ini saja. Aku bebas menjadi aku...aku bebas bercerita apa saja.

Aku rindukan suasana 'damai' dan 'tenang' satu ketika dulu. Di saat aku tidak dihimpit 'persekitaran' yang menyesakkan ini. Adakah aku terlalu 'perasa'? Atau aku seorang yang sering membuat tanggapan terhadap sesuatu situasi dan keadaan? Kenapa perluku semakkan fikiran dengan segala tanggapan yang menyumbang kepada 'carik' nya sekeping hati ku sendiri? Pedulikan segala tanggapan itu, kerana aku sedar...walau di ceruk bumi yang mana sekalipun..selagi ada makhluk tuhan bernama manusia itu..segala tanggapan tidak boleh dielakkan.

Aku kena kuat. Aku harus tabah. Tiada yang dapat membantu diriku untuk 'pulih' kembali melainkan diriku sendiri...Hati...sejuklah....jiwa...tenanglah...bibir..senyumlah..
Langkah...teruskanlah. Aku perlukan nafas baru..aku benar-benar perlukannya.Kedatangan sahabatku kelmarin membawa kembali 'nafas' ku...semangatku sedikit pulih..aku gembira dan bersyukur...'nafas' baru ku kembali segar...

Ahad, 13 Disember 2009

Tragedi Menyayat Hati Pengantin Baru

Aku terbaca di dalam akhbar tadi mengenai kemalangan yang menimpa seorang pengantin baru bersama ayah dan ibunya di KANGAR pada 11 Disember 2009. Kemalangan tersebut menyebabkan pengantin lelaki bersama ibu,bapa dan seorang jurugambar maut. Terharu aku membaca kisah menyayat hati ini. Tambah memilukan pengantin lelaki tu baru melangsungkan perkahwinan kira-kira 4 jam sebelum kemalangan. Aku turut membaca lanjutan kisah pengantin ini di akhbar Berita Minggu yang amat menyentuh hati. Mengikut cerita ayah mentua pengantin tersebut, aruah melamar anak perempuannya dengan ayat..sudikah anak gadis beliau menjadi ibu kepada anak-anak aruah? Betapa ikhlasnya niat aruah nak memperisterikan anak gadisnya itu. Namun,kuasa tuhan tidak seorang yang boleh menghalang. Ajal maut, jodoh pertemuan, semua di bawah rencanaNya. Kita hanya mampu merancang. Semoga roh semua aruah yang terkorban di dalam kemalangan tersebut dicucuri rahmat. Amin.

Sabtu, 12 Disember 2009

Kedai mamak punya cerita...

Hari ini hari Sabtu. Seperti yang semua sedia maklum, hari Sabtu adalah hari cuti bagi kakitangan kerajaan. Jangan kata tak faham maksud 'kakitangan' yea..ada yang kena tangan nanti. Nak dijadikan cerita, hari ini aku telah mengikut adikku bersama seorang rakannya pergi meronda-ronda melepaskan tension. Ronda punya ronda, hari pun petang. Tiba masa pulang. Abis, tak kan nak meronda sampai malam buta tak reti nak balik?Tak reti Maghrib ke?Heh...Kekadang terbabas gak meronda sampai Maghrib..Duniawi betul. Memandangkan perut pun dah lapar, maka kami mengambil keputusan untuk singgah di sebuah restoran mamak yang agak terkenal kat tempat aku ni. Terkenal pun sebab restoran tu bukak sampai dinihari(peh..bahasa sastera aku nih..tak faham...sila cari Kamus Dewan edisi berapa pun tak apa..heh..)

Sebaik mendapat tempat duduk yang dihajati, maka kami pun membuat pesanan kegemaran dan kesukaan mengikut selera anak tekak masing-masing. Tiba giliran aku untuk membuat pesanan, aku pun memesan roti telur dengan air suam jer...air suam pun bayar tau!bukan free.Lagi pun bagus minum air suam ni untuk kesihatan,tak lah asyik minum air yang manis je kan...maka sementara menunggu pesanan tiba, kami pun berbual lah serba sedikit buat menghabiskan waktu menunggu. Seperti biasa, pesanan air akan tiba dulu...adik aku dan kawannya yang membuat pesanan air berperisa telah mendapat pesanan masing-masing..tapi pesanan air suam aku masih belum sampai. Agak pelik jugak sebab rasanya pesanan air suam aku paling mudah dan cepat. Aku membuat pesanan sekali lagi pada si penghantar air tersebut dan dia menerima pesanan sambil berlalu pergi.(Ceh..macam lirik lagu lak)Tak lama kemudian pesanan makanan kami pun sampai..aku yang memang dah lapar ni tak kuasa nak tunggu air sampai terus je makan roti telur yang dipesan tu sambil mata sesekali melilau kot ada si 'ane' tu menghantar pesanan air suam aku tu.

Nak dijadikan cerita setelah merasa kuah roti telur yang agak pedas, aku menggamit seorang lagi mapelai untuk meminta air suam buat kali ketiga. Seperti tadi pesanan ku tetap diambil dengan penuh dedikasi. Aku pun beranggapan kebiasaannya kalau sesuatu perkara diminta sampai 3 kali...mesti terlaksana jugak akhirnya. Aku pun meneruskan suapan sambil menghirup minuman yang dipesan adikku akibat kepedasan kuah roti telur tadi. Akhirnya, sampai licin roti telur...dan sampai buat bayaran, pesanan air suamnya tak kunjung tiba. Aku pun menjadi pelik dan hairan dengan perangai kedai mamak ni..mungkin tak semua lah kot..agaknya diorang malas nak ambil pesanan air suam sebab tak mendatangkan untung kat depa agaknya...walhal bukan free segelas tu..charge gak 20 sen. Lagi teruk ada yang charge 50 sen..wei.aku bayor ah air tu...nasib baik ada air adik aku tadi..leh gak buat hilang kepedasan..lepas ni kot nak pergi makan kedai mamak, setakat nak pesan air suam..baik aku bawak air mineral sendiri...nak harap kan depa ni...harus tercekik dulu baru dok berkejar hantar air suam agaknya..memang dasar mapelai betul ah..

Khamis, 10 Disember 2009

Memori Masam Manis

Memori ini memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila.Memori 'Masam Manis' ku..heh..Sekitar pertengahan tahun 1999, N.Sembilan telah mengalami krisis air. Aku yang semasa itu menuntut di PPD turut merasai penangan ketiadaan air tersebut. Tambahan duduk asramakan...lagi lah parah. Berapa ramai student nak guna air dalam masa yang sama. Maka bermula lah penglibatan kami menjadi tukang angkut air setiap kali lori air JBA datang hantar air..lama jugak krisis tu...ada dekat sebulan kot. Tambah merimaskan kami semua perlu menghadapi exam akhir semester tahun tersebut. Mana nak fikir study..mana nak fikir angkut air lagi..terus terbayang kesusahan yang dialami anak-anak miskin yang terpaksa hidup serba kepayahan tu...Insaf seketika..tapi bila lori JBA tu lambat je hantar air...berbuih mulut memasing menyumpah seranah..heh..adat lah kan...

Alkisahnya..ada satu malam tu,lori JBA lupa nak hantar air. Maka kami yang dah memang kering kontang nih..jadi tak menentu macam beruk kena belacan tergaru-garu menunggu ketibaan si lori air..tapi sampai tengah malam..HAMPA HATIKU...kata Pasha Unggu...(eleh..pasha Unggu konon..nama dia Sigit Purnomo tau..tapi aku tetap minat gak!heh..gatal nih..)Maka malam itu tidur lah kami dalam keadaan kering kerana dah lah rimas menunggu..berlengas lak dengan peluh..nak mandi air tak ada...apa nak buat?tidur jer la..lagi rare..esoknya Exam LAW..hah..hah..apa nak jadi?Jeng..jeng..

Esoknya, aku pun dengan penuh pengharapan menuju ke bilik air membawa serta kelengkapan mandian(berangan lah..kot2 ada air..ye lah kan nak pergi berjihad nih...nak masuk exam)tiba di bilik air,dengan penuh suspens aku memutar pili air di singki..wah..keluar air you...tapi..adalah dalam setitik dua pastu STOP!Memang carik pasal..ajer giler nak pegi exam tak mandi nih..Maka,aku pun bergegas ke bilik untuk membuat persiapan diri...walaupun tak mandi..badan kena harum k..heh..mentelah lagi, bukan aku sorang jer tak mandi hari tu..member lain pun ramai...sapa yang ada stok air jer dapat memandikan diri memasing. Tapi dalam kelas aku tu..budak pompuannya lebih separuh tak mandi pagi hari tu...dah nak cekau air celah mana kan?Tapi..walau tak mandi,kami tetap maintain vouge k.Heh.

Maka berjalanlah kami penuh bangga menuju ke kelas untuk menghadapi kertas ujian LAW tersebut. Alhamdullilah, berjaya gak menjawab soalan2 tersebut,meskipun badan berlengas, sesekali dihinggapi lalat durjana yang mungkin dapat menghidu 'kemasaman' yang tersembunyi di sebalik semburan atau calitan perfume yang menusuk hidung..Dan yang manisnya,majoriti member aku yang tak mandi pagi masa jawab paper LAW hari tu telah berjaya mendapat 4 flat you allzzzz....Including me ok...heh..Memang berbaloi tak mandi pagi hari tu...

Mangsa Keadaan

Alkisahnya...dalam bulan April ke Mei tahun ni..aku dan beberapa anggota jabatan telah mengikuti rombongan ke Cameron Highlands.Rombongan anjuran jabatan tempat aku bertugas tu memang best dan best lah. Tambahan pulak kali terakhir aku ke Cameron masa umur 12 tahun dulu kiranya memang mengulangi memori lah kan. Masa kat sana kami melawat lah setempat dua tempat yang menarik. Macam-macam gambar dan posing dibuat. Tergedik-gedik memasing nak bergambarkan.

Dalam banyak2 tempat tu, kami singgah di satu ladang strawberry. Memang banyak ladang strawberry kat sana kira ladang yang kitorang pergi tu ladang yang nombor berapa ntah...tapi tak kisah lah memana ladang pun sebab bukan nak cerita pasal ladang tu sangat pun...tak kuasa nak buat iklan percuma ladang tu kat sini...nak tau lebih layari lah blog Ladangsanasinisukahatilu.com.my..heh!Okey sambung balik, masa kat ladang tu, ada la orang berjual buah apa ntah namanya,macam mangga pun ia macam limau pun ia...aku pun dah lupa nama buah tu apa. Si gadis Indonesia menggamit kami untuk merasa buah tersebut. Maka berpusu-pusu ah kami merasa buah tersebut sambil si gadis tadi mempromosikan buah tersebut dan sedaya upaya cuba mempengaruhi kami untuk membeli buah tersebut.Ish..berapa banyak tersebut daaa...

Dalam pada kami dok merasa sambil menepis-nepis dengan cara paling halus untuk membeli buah tersebut, tiba-tiba muncul salah seorang anggota rombongan kami yang di gelar 'En. R'di gerai buah itu. Beliau juga turut dipelawa oleh gadis Indonesia itu untuk merasa buah tersebut. Kami yang dah merasa buah tersebut beransur meninggalkan gerai sambil si gadis itu sibuk mempromosikan buah tu pada En.R. Dalam pada itu, rupa-rupanya gadis tu dah siap timbang buah yang dipromosinya sambil meminta En.R membeli buah tersebut. Maka tercengang-cenganh lah En.R dengan situasi tersebut. Walhal yang makan buah tu beria-ia adalah kami, datang pulak En.R yang merasa seulas tetiba dah kena beli...camno tu?Memandangkan En.R seorang yang gentleman, maka beliau pun mengeluarkan duit membeli buah tersebut sambil berkata ' sapa yang nak beli tadi ni?' sambil matanya melilau ke arah kami yang telah ke hadapan meninggalkan beliau menyelesaikan pembayaran pembelian buah secara paksa rela. Sebaik berjaya mengikuti kami, apa lagi...bagai nak rak kami ketawa..kesian En.R..tak pepasal jadi mangsa keadaan...buat En.R,Maafkan Kami...heh..heh..

Khamis, 12 November 2009

Ketika 'CINTA' Bertasbih.........

Terngiang-ngiang di telinga bait-bait lagu Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goeslow dengan Amien apa ntah nama dia. Memang 'feel' la...Tak sabar mau nonton filemnya.

Selasa, 10 November 2009

'Temujanji buta ku'

Kisahnya berlaku lebih kurang 8 tahun yang lalu. Ketika tu aku masih bekerja di KLIA. Aku duduk menyewa bersama beberapa rakan di sebuah rumah sewa di Nilai.Kebanyakan teman serumah telah mempunyai pakwe masing-masing. Seringkali lah mereka ini keluar dating dengan pakwe mereka ni.Memandangkan pada waktu itu aku masih berstatus single...maka adalah seorang member serumah berhajat nak memperkenalkan aku dengan sahabat kepada pakwenya. Aku pun pada waktu tu hatinya masih kosong ya pak ya...jadi,ngak jadi masalah kok mau dikenalin ya pak ya...maka aku pun dengan rela hati memberi kebenaran kepada kawan serumah tu untuk memberi nombor telefon ku kepada bapak yang nak berkenalan dengan aku tadi. Ntah ye ntah tak dia nak berkenalan dengan aku..mesti kawan aku dengan pakwe dia jek apa ntah sampai bapak tu nak berkenalan dengan aku.

Maka selepas sahaja nombor telefon diperolehi, aku pun menerima lah sms demi sms dari 'kawan' ni tadi. Bersms lah kami untuk tempoh 2 bulan sebelum pertemuan face to face diatur. Punya lah gila bersms sampai bil telefon memasing meningkat lah sepanjang bulan tu. Masalahnya bila 'member' ni nak telefon aku mesti tak nak angkat. Aku suka kalau bersms je...heh.Maka pertemuan kami pun diaturlah. 'Mamat' tu ajak aku keluar dinner sebagai pertemuan pertama. Aku pun meletakkan syarat, boleh keluar dinner, tapi aku akan bawak seorang teman perempuan sebagai escort...heh..dan permintaan ku dipersetujui.

Malam pertemuan tu, aku pun menunggu dengan penuh debaran di dada, cewah!.Seperti terngiang-ngiang lagu haiza di telinga ku sambil menahan debaran di dada..dag dig dug...di dalam dada...jantung berdebar aduh indahnya amboi...heh..heh..dangdut betul.Seperti dijanjikan mamat ni datang la bersama satria merahnya di depan rumah sewaku. Aku pun dengan langkah ala-ala ayu sambil diiringi 'dayang' upahanku melangkah yakin menuju ke satria merah itu. Sebaik cermin tingkap diturunkan terjenggul wajah bercap dan bercermin mata hitam mempelawa kami masuk. Aje giler memalam buta pakai cermin mata hitam?dengan cap lak tu....tapi yang pasti dia tak buta lah kan..kot tak mana hala ntah kereta yang dia pandu tu. Maka kami pun menuju ke kedai makan berhampiran rumah sewaan ku sahaja.Tak kuasa ah nak pergi jejauh memalam hari macam tu...nanti entah pukul berapa baru nak sampai rumah.Dah lah esok harinya aku kena kerja pagi.

Tiba di kedai makan, seperti biasa order minum dan makan lah kan.Sementara tunggu order siap,kitorang pun berbual lah serba sedikit.Yang kawan meneman aku tadi ni..bukan main bagus lagi,bagi line kat kitorang borak.Dia dok diam jer sambil belek-belek handset.Bila makanan tiba,dia makan jer tanpa angkat muka...bagus kawan aku nih...heh.Macam halimunan lak dia kat situ.Dah bercerita lebih kurang, dan perut pun dah agak kenyang,tiba lah masa nak beransur.Yang aku ni punya la hairan, kenapa mamat ni tak tanggal cap yang dia pakai?mujur cermin mata hitam dia dah campak awal masa nak turun kereta tadi. Kot tak ada yang nak kena sound memalam buta pakai cermin mata hitam. Kot jatuh kang sapa nak angkat?Tak kan aku kot?hilang lah keayuan beb. Sebagai menunjukkan gentlemannya, mamat tu pun menghantar la kami kembali ke rumah sewaan kami. Gentleman konon...tau bawak keluar,tau lah hantar balik kan...apa nak jadi kitorang kena jalan kaki balik rumah pulak?nak kena kasut lah tu...Maka selesailah temujanji butaku untuk malam tu dengan kemusykilan kenapa mamat tu tak mau tanggal cap dia.

Selang beberapa bulan kemudian, aku terserempak mamat ni di kedai makan.Masa tu aku dan teman serumah sedang menjamu selera. Selepas temujanji buta tu pun, kami tak pernah berjumpa. Jarang berhubung pun..entah la..aku tak ada mood..yang dia pun dah boring kot.Tambahan pulak aku dengar mamat ni ada menaruh hati kat teman sekerja aku yang lain. Malas ah...bajet hemsem lah tu. Dia pun menegur lah kami yang sedang enak menjamu selera ni. Lah...hampir tersedak aku.Patut lah asyik pakai cap kato eh kau..dia cuba menyembunyikan kesulahan kepalanya yang hampir terang rupanya. Rambutnya yang lebat bahagian belakang jer. Belah depan, terang!.Patutlah,fikirku...tapi aku tidaklah menolak diri beliau atas dasar itu, tapi aku tak boleh terima dia dah lama meminati teman sekerja aku tu dan terus mengejar wanita itu. Habis..tak kan aku nak tunggu kot?tak reti-reti nak blah? Yang anehnya lepas pertemuan malam tu, dia semakin kerap menghubungi aku...namun aku hanya membiarkan panggilan dan sms yang dihantar sepi tanpa jawapan kerana hatiku dah tertutup.Dan aku dapat membaca dia rajin menghubungi aku mungkin kerana cintanya dah ditolak kawan sekerja aku tu kot!ah, tak kuasa lah.

Sekian.Wasallam.

Khamis, 29 Oktober 2009

Cerita Officemate ku

Ceritanya bermula begini. Dalam bulan 7 yang lalu, aku telah mengikuti rombongan pejabat ke Pulau Langkawi. Dalam rombongan tu, turut sama salah seorang kawan sepejabat bernama A. Dia ni boleh dikatakan jurukamera tak rasmi jabatan.Ke mana pergi mesti laptop dan kamera tak tinggal.Kamera dia bukan digital tau tapi DSLR(betul ke?)Mahal woo...kamera tu.Tapi yang aku nak cerita bukan pasal kamera dia tapi pasal sejarah dia semasa bekerja di tempat lama dulu sebelum berpindah di pejabat aku.

Mengikut cerita, semasa dia bekerja di office lama dia dulu, dia mengalami tekanan perasaan dengan persekitaran office dan orang office dia yang dia tak serasi.Hari-hari nak pergi kerja dia mesti rasa tertekan,berat hati,susah hati.Macam-macam perasaan lah dia rasa.Kot kita pun kalau tak suka kat satu-satu tempat tu mesti hati tak tenang nak pergi kerjakan. Aku dulu masa kerja kat airport dulu pun ada perasaan macam tu.Berdebar-debar jer nak pergi kerja. Kerja dalam tekanan.Baik,berbalik pada si A ni.Masa kami melayan mata nak tidur di Langkawi tu, dia pun membuka topik ketidakselesaan dirinya semasa bekerja di tempat lama.Macam-macam yang diadukannya.Dari suasana kerja sampai perangai kawan setugas dengannya.Memang tak ada yang memotivasikan langsung.Aku pun terus mendengar luahan perasaannya sambil sesekali menyampuk dan memasukkan unsur 'batu api' dalam cerita beliau(heh..heh..apa barang takat jadi pendengar jer,nasi tambah ah baru syiok bah!)

Dalam pada beliau bercerita itu, tiba-tiba dia mengeluarkan kenyataan berbunyi begini...'sampai pernah terfikir, tengah perjalanan nak ke tempat kerja tu berdoa agar dilanggar bas.Boleh masuk hospital,kalau cedera boleh duduk rumah lama dengan keluarga,tak payah pergi kerja'Mak aih.. kronik beliau punya tahap 'tension'.Sampai mintak kena langgar.Menderita jiwa betul dia.Yang aku pulak,member tu cerita sikit punya serius aku boleh bantai gelak guling-guling pulak.Mana taknya,itu lah pertama kali aku mendengar cerita orang yang berdoa agar dirinya dilanggar bas agar berpeluang duduk lama di rumah. Boleh kau tak gelak?Sampai sekarang member aku tu fobia bila disebut Negeri P.Pinang kerana tempat kerja dia tu di P.Pinang.Kalau boleh memang tak mahu jejak kaki lagi kat sana kerana tekanan yang pernah dilaluinya.

Tapi sekarang,member aku tu dah berbahagia dapat kembali ke N.Sembilan duduk bersama keluarga tanpa perlu mendoakan diri dilanggar bas lagi.Kira She lives happily ever after..sekian,wasallam.

Selasa, 27 Oktober 2009

Mimpi

Dua tiga hari yang lepas, aku ada mendapat 2 mimpi yang kuingat sampai hari ini. Begini bunyi mimpinya(errr..mimpi ada bunyi ke?)Dua malam lepas, aku bermimpi menikmati strawberi salut coklat. Yummmy..kesedapannya terasa sampai sedar. Malam semalam aku bermimpi menaiki kapal seakan-akan kapal titanic belayar entah ke mana hala. Terasa-rasa ombak melambung tubuhku sehingga ke jaga. Bila terjaga, aku asyik memikirkan mengenai mimpi tersebut. Tapi mimpi makan strawberi salut coklat tu, mungkin membawa maksud yang aku akan bertemu seorang jejaka seumur dato' K dan sekaya beliau?Mentelah dengan sosok rupa bakal jejaka yang agak sedap mata memandang?(sambil mataku terkelip-kelip berangan..heh)Kemudian mimpi menaiki kapal ala-ala titanic tu menandakan aku dan bakal suami ku itu menaiki kapal untuk berbulan madu?heh..heh...

Macam-macam lah hal mimpi ni.Tapi adatlah mainan tidur kan.Bukan boleh percaya sangat pun. Aku teringat masa zaman aku sekolah menengah dulu.Zaman 4U2C,KRU,NICO...aku antara follower band boy masa tu la kan.Satu malam tu aku bermalam di rumah wan aku kat kampung. Masa tu ada kenduri kahwin Pak Lang aku. Pada malam tu, aku telah mendapat satu mimpi....jeng-jeng-jeng. Dalam mimpi itu aku telah bertemu dengan Norman KRU.Bukan setakat bertemu,kami siap couple lagi tau.I love U...I Love U ler kekononnya. Bila terjaga,terus aku 'terjatuh cinta' kat si Norman tu...walhal yang aku minat si Yusri.Standard la kan...zaman remaja..cinta remaja baru nak naik..dek mimpi jer boleh jatuh cinta. Tapi itu dulu lah ye...skang ni, setakat mimpi, kena rasional lah ye.Kerana kita bukan lah di alam remaja lagi.Mesti berfikiran waras dan munasabah kan. Tapi apa maksud mimpi aku tu ya?(mengangkat kening sebelah ala Ziana Zain)

Jumaat, 23 Oktober 2009

Daging Dendeng Punya Hal


Kelmarin aku keluar menonton wayang bersama sahabat karibku Miss Aida. Kerana cerita papadom aku telah memohon cuti 1/2 hari (Rabu) dari boss ku. Nasib baik boss mood baik hari tu. Cuti diluluskan.Terbaikkk lah. Tambah terbaik, hari Rabu tengok wayang harga 1/2 jugak. Duit baki leh beli pop corn size besar siap air sorang satu lagi. Memang cun lah tu. Kita kena lah berjimat cermat kan. Tambah zaman kemelesetan ekonomi ni. Lagi bab-bab tengok wayang duniawi ni semua, mana boleh perabih duit bebanyak kat situ kan.Ceh!alasan tak konkrit langsung. Setelah selesai menonton papadom yang very the menghiburkan tu, aku dan aida pun pergilah berjalan-jalan di ruang legar Jaya Jusco Seremban 2 sambil melawat tapak gerai menjual produk barangan buatan Malaysia. Macam-macam ada. Kebanyakannya makanan lah.

Dah alang kepalang lalu tu, aku pun singgah di sebuah kedai coklat buatan tempatan. Sempat menemuduga brader yang jual coklat tu. Macam-macam soalan aku tanya kat brader tu macam soalan PTK lak. Brader tu aku respek gak kerana dia berjaya menjawab segala persoalan aku berkaitan coklat buatan Malaysia yang dijualnya tu meskit pun kelihatan agak panik kerana tiba-tiba didatangi bakal pelanggan yang menyoal macam wartawan.(Heh...memang cita-cita aku nak jadi wartawan tau!)Hasil usaha keras brader itu menjawab segala soalan aku, aku telah membeli 2 keping coklat di gerai beliau. Ops...bukan aku beli, Aida yang beli...tapi aku yang nak coklat tu...kira Aida belanja aku la kan.Caya lah Aida.

Ok...kembali ke cerita seterusnya. Lepas pergi gerai coklat, kami ke kedai menjual daging kering pulak tapi daging kering segera..daging dendeng namanya. Aku pun mencuba sampel yang diberi, agak masin kato eh kau...terkeluar cakap nogori aku. Lalu dalam keadaan terhuyung-hayang mabuk garam...(heh...ni borak jer,tak la terhuyung hayang ye...kang cakap aku mabuk lak)aku menuju ke gerai menjual minuman roselle, adik tu pun sibuk lak nak bagi aku test air rossele dia,tapi aku dgn sombongnya menolak untuk merasa air tersebut dan terus laju berjalan ke depan. Tapi tahap kemasinann daging dendeng tadi telah menggangu saraf dan sel di lidah dan menjangkiti tekakku lalu dengan perasaan bercelaru aku berpatah ke gerai rosselle tadi lalu berkata 'dik air rossele ni 2 kotak ye' dengan penuh yakin campur malu..aku menyerahkan 'dompet' ku untuk membayar harga minuman tu sebanyak RM 2. Adik yang menjual tu punya la terkejut beruk,kehairanan kerana aku menyerahkan dompet ku untuk membayar harga minuman rosele tu.Aku yang tersedar tersipu-sipu menahan tawa lalu mengeluarkan RM2 untuk diberi kepada adik itu. Yang member aku Aida dah bagai nak rak ketawa melihat keyakinanku menyerahkan dompetku bagi membayar harga minuman rossele tu....macam kayo jo....beli air rossele 2 terus bagi dompet dengan segala isinya untuk buat bayaran.heh.Ni semua gara-gara daging dendeng yang masin tak ingat tu.Nasib la adik tu pun terkejut, kot dia wat muka yakin sambil terus mengambil dompet aku tu...memang naya.

Khamis, 22 Oktober 2009

Ragam Manusia

Selama aku hidup 31 tahun dalam dunia ni. Berbagai ragam dan karenah manusia yang pernah aku jumpa. Ada yang selamba, walau dicaci nista mukanya sardin sentiasa...ibarat kata Julie Dahlan masa Azwan Ali interview dalam rancangan amboi..amboi..amboi..tu..'ada aku kesah?'. Ada tu pulak jenis asal salah cakap sikit sentap...asal terlebih lawak sikit sentap...tetiba dah memuncung..tetiba dah tak berbunyi...tau tau...hujan...eh...hujan air mata.Tapi sampai ke sudah tak tahu apa yang disentapkan nya...ke nak kena sentap anggota badan baru nak bagi tau kot?Kang ke hospital lak perginye. Tak nak lah aku kena buat statement kat polis lagi,statement kat doktor lagi... Ada tu pulak jenis cakap macam dia aje yang betul..macam dia aja yang bagus...tapi..yang ado...cakap tak serupa bikin. Semua cakap dia tak boleh pakai...buang kat laut pun belum tentu ikan jaws lalu nak dengar...Ada tu pulak..depan kita mulut manis bukan main...belakang kita..mulut dia lah paling busuk...kaki kutuk..macam tak ada hari lain kalau dah dapat mulut dia mengutuk...dia punya mulut busuk kalah stok bau mulut makan jering campur petai sebulan..huweeeekkkk...

Ada tu pulak....kaki ampu mak datuk aih...tak terlawan dia punya tahap ampu tu...memang ya ampun sesangat. Bila bos ada je...dia sentiasa ada,dia sentiasa ada bila bos perlukan dia...dia akan setia hingga ke hujung nyawa...(huwekkk..setia kunonnnn...setia ada makna) tetapi,jeng..jeng..jeng...bila bos tak ada..dia seperti biskut choc fudge..now u see it..now u don't..apa kejadahnya semua nih...(eh,tetiba teremosi guna bahasa perantara NTV7 dulu,Wan Kamarudin)Ada tu pulak...tenggelam dalam dunianya sendiri...kalau bumi bergegar je kot dia sedar yang dia berada di alam manusia-manusia...kalau tak dia khayal di dalam dunianya sendiri.

Aku mendiskripsikan(peh...tak tahan perkataan aku nih)semua ragam ni kerana aku sedar, sebagai manusia yang lemah ini, aku merupakan campuran kesemua ragam tersebut...ada sedikit peratusan ragam-ragam tersebut dalam diri aku meskipun tak semuanya benar-benar serupa...dan aku akan cuba mencari ragam yang baik untuk aku jadikan pendoman menjadi orang dan manusia yang lebih baik untuk hari ini,esok dan akan datang...Dan sebagai manusia yang lemah lagi tak sempurna ni,ada masa kita perlu bertafakur merenung kelemahan diri kenapa kita perlu menghadapi pelbagai ragam berbeza manusia setiap hari. Pada aku, kepelbagaian ragam yang kita hadapi itu akan membentuk kita menjadi insan yang lebih baik dan lebih berpengertian terhadap insan lain......tapi, kot asyik meragam jer...sapa jer yang boleh tahan..yang meragam tu pun kena sedar diri lah...perangai meragam dia tu tak semua orang boleh tahan...sekali dua orang tahan...banyak kali kalu..sendiri mau hingat lah ye..jawabnya hai-hai bai-bai...

Ahad, 18 Oktober 2009

ALAM KITA


Seorang anak kecil berlari riang di perbatasan
Sawah padi menguning melambai menggamit si burung pipit
Datang terbang meraut serungkai dua tangkainya yang lebat
Dengan paruh comel menyua sesuap rezeki untuk hari ini

Anak kecil itu terus berlari
Mengejar cantik warna pelangi
Diiringi renyai hujan petang hari
Pupusan bayu menyapa pipi
Comel,ikhlas,tulus

Akan adakah lagi indah warna alam
Di saat kedewasaan si anak kecil itu nanti?
Apakah dia mampu pertahankan keindahan itu?
Atau turut sama menjadi tangan perkasa merosakkannya?

Si comel sayang...
Jagalah alam ini sebaiknya
Agar kau bisa menikmati keindahan yang kau kejari
Agar warna pelangi bisa dilihat berwarna warni
Agar si burung pipit bisa berkongsi rezeki si petani
Agar ALAM ini terus kekal hingga tiba ke Hari Penentuan nanti....

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kesukaan ku.....


k
a
Salam. Cewah...tetiba jer....almaklum ah dah lama tak update blog kan...sibuk sikit. Nak habaq mai ni...sejak 2 menjak 3 menjak ni...aku semakin rajin memasak resepi berasaskan manisan. Mood rajin sudah sampai lah. Ni yang aku upload ni pun resepi terkini yang aku cuba. Dah makan 2 slice kek coklat tu dan entah berapa slice puding jagung dengan hiasan anggur tu aku dah rembat.

Tapi, aku juga dalam proses berdiet setelah ber die eat sepanjang bulan syawal ni...heh....jadi, plan diet aku hancur gara-gara 2 jenis makanan kesukaan aku tu.... One more thing...aku amatlah menyukai novel tulisan Faisal Tehrani 'Tunggu Teduh Dulu' ni. Ceritanya memang bagus bangat!Aku siap berangan lagi jadi salah satu watak dalam novel tu. Aku ingat kalau aku berlakon filem pun bagus kot!Aku kalau bab berangan ni nombor 1. Bukankah menjadi seorang pelakon itu perlu mempunyai daya imiginasi dan tahap berangan yang tinggi? Hah semua ciri-ciri tu aku dah ada....tinggal lagi tang rupa paras jer kot!Biasa lah, kat Malaysia ni kalau nak jadi heroin mesti berpotongan menarik, rupa mengancam...tak gitu? Yang aku tak beragak nak watak heroin jer apa kes? Perasan..heh.Ok, enough...dah melalut dah ni.

Wokeh..aku pun dah tak ada apa nak di ceritakan ni..masa untuk layan blog orang lain pulak...chow chin chow....

Ahad, 12 Julai 2009

Aku dan Bas

content="text/html; charset=utf-8">

Catatan : 12/7/2009(Ahad)7.07 pm(Nak Maghrib dah)

Suatu waktu dulu, aku sering menggunakan bas sebagai pengangkutan utamaku. Bukanlah sekarang aku tak menggunakannya lagi, guna gak pengangkutan awam ni, tapi macam kata P.Ramlee dalam cerita Nujum Pak Belalang, ‘Kadang-kadang’ yang selebihnya aku menggunakan kereta untuk bergerak ke mana-mana, bukan kereta aku pun, menumpang kereta kawan ke, adik ke,nak harap aku...belum ada rezeki nak beli kereta sendiri. Aku teringat masa zaman aku belajar di Politeknik dulu bersama teman-teman sekuliah. Memandangkan masa tu semua pun bergelar pelajar, mana lah nak ada duit sangat beli kereta ke..waima nak naik teksi pergi pekan P.D atau Bandar Seremban pun berfikir 10 kali. Takut terover bajet harus ikan perut sampai hujung bulan nanti. Maka kalau nak ke mana-mana tu, sohih lah kena naik bas kan.

Pada suatu hari,hah...dah mula dah aku nak jadi penglipurlara...pay attention plz..hamba tak suka orang tak memberikan perhatian masa hamba bercerita k ops, menulis....tu apa dok mengunyah depan p.c tu?udah-udahlah tu weh....nak masuk rancangan ‘the biggest loser’ ke?heh..Ok....dah melalut lagi ni. Ceritanya bermula begini......

******************************************************************

Aku masih ingat lagi...masa tu hari Sabtu, aku dan yang lain dah merancang nak ke Bandar Seremban nak tengok salah seorang member kitorang Haza masuk pertandingan menyanyi kat Terminal One. Jadi tepat jam 9.00 pagi, kitorang dah tercongok menunggu bas Chin Wah menujuk ke Pekan P.D dekat Bus Stop depan Politeknik tu. Macam biasa lah, dah nama pun pengangkutan awam...40 minit menunggu baru bas separuh uzur tu tiba. Maka dengan penuh lapang dada bercampur sumpah seranah sikit (dalam hati lah...tak kan nak pegi seranah pakcik driver dengan konduktor bas tu pulak..ada lak kena lontar ikut tingkap bas tu pulak kang...tak pepasal kena marked tak boleh naik bas Chin Wah seumur hidup...aku bukan kaya nak naik teksi memanjang.)kami pun menaiki bas tersebut ke pekan P.D yang pada masa tu glamer dengan restoran KFC hingga menjilat jarinya tu.(Kitorang pernah plan curi sebotol sos life yang giler sedap tu...tapi tak jadi coz mamat cleaner tu dah pandang daring kat kitorang masa sorang member tengah terkial-kial masukkan botol sos tu dalam paper beg shopping..heh...Nasib tak terkantoi cara terbuka...saja seronok nak buat ‘nakal’ walhal bukan tak mampu nak beli...budak-budak..)

Sebaik tiba di pekan P.D kitorang berpusu-pusu pulak naik bas ke Seremban. Dah lupa dah nama bas tu apa...nasib tak baik, aku tak dapat tempat duduk..kena lah berdiri...penatnya berdiri.Dari P.D ke Seremban dekat sejam tu kena berdiri...tapi masa tu kan berdarah muda..tenaga pun cergas je...tak ada hall ah berdiri. Dalam 30 minit, ramai lak orang yang turun, so adalah tempat kosong dan berpeluanglah aku untuk duduk. Kerana dah terlalu lama berdiri dengan keadaan panas pulak tu(yang bas pun tak ada air-cond, dah rosak...masa tu lah pulak nak wat hal)mataku automatic menjadi kuyu...untuk pengetahuan aku dapat tempat duduk belah tepi kat lorong laluan orang tu k. Kot dapat kat tepi tingkap mesti dah lama aku dibuai mimpi indah ni. Dalam dok sibuk aku cuba menahan mata dari terlelap tu, entah macam mana nak jadi cerita bas tu membelok..memang laju driver tu bawak...macam roller coaster wa cakap lu..tiba-tiba..tak semena-mena aku telah berada di lantai bas dengan keadaan melutut...entah bila masa aku terlelap...entah bila masa aku terjatuh kat lantai bas tu pun aku tak sedar..aku rasa macam di alam mimpi jer masa jatuh tu.Tetau lutut aku rasa sakit. Bila dah terduduk tu.aku terus toleh kat budak perempuan yang duduk tepi aku tadi...sambil melemparkan senyuman mesra...aku pun tak tau apasal aku boleh tersenyum kat dia pulak sedangkan muka dia dah serba salah gila antara nak tolong dengan nak ketawa..akhirnya dia buat keputusan pandang luar tingkap je tanpa membalas senyuman aku.Aku lak sempat menoleh sesiapa yang melihat kejadian tu di sekeliling, mujur tak ramai perasan sebab tempat duduk aku tu di kira agak belakang, dan orang yang duduk belakang aku lah yang perasan agaknya. Itu pun masing-masing aku tengok buat tak tau jer..macam tak ada apa berlaku pulak..ceh, tak ada kesedaran sivik ah diorang ni....kot aku pengsan je baru ada orang nak kepoh kot.Hipokrit ah diorang ni. Aku tau, korang dok gelakkan aku kan...pastu bila aku tengok, korang buat-buat lah tak tau kan..pandai ah korang berlakon. Walau apa pun, tahniah lah di atas lakonan korang yang real tu coz telah berjaya menyelamatkan reputasi aku dari malu besar hari tu.

Akhirnya...aku dan teman-teman yang lain berjaya tiba ke Bandar Seremban dengan jayanya. Tambah manis, member aku tu menang pertandingan nyanyian tu.Kira berbaloi lah aku jatuh dalam bas tadi dengan lebam dilutut yang disedari sebaik saja tiba ke asrama. Sekian sahajalah cerita aku dengan bas. Ntah hepo-hepo....boleh jatuh pulak...ceh..

P/s : Selesai....7.55 pm...ok nak pi solat nih...duniawi betul lah..

Jumaat, 10 Julai 2009

Gelaran Kebetulan ku

Tiba-tiba aku teringat satu kisah yang bagi aku agak lucu. Tersebutlah kisah...toyib...kisah seekor unta..di padang pasir..ops...sori, termasuk dialog Pendekar Bujang Lapok lak. Kisahnya bermula sekitar tahun 98.Jeng..jeng...

*******************************************

Pada suatu hari, ketika itu aku masih bertugas sebagai Juruteknik Sambilan di sebuah jabatan kerajaan. Nak dijadikan kisah masa tu krisis air berlaku dan kami yang pekerja sambilan ni diarahkan untuk menjaga pusat kawal yang bertanggungjawab menerima aduan dari para pengguna di sekitar seremban mengenai masalah air yang dihadapi mereka. Kami semua bertanggungjawab menjaga kaunter dan menjawab panggilan telefon. Yang penting masa jawab telefon, ayat kena baik dan menyakinkan pengguna yang masalah air yang mereka hadapi akan di atasi dengan kadar segera iaitu dengan menghantar lori air ke kawasan yang dikenalpasti terputus bekalan air. Nasib tak baik, kena dengan pengadu yang dah telefon minta hantar lori air dari 3 ke 4 hari lepas tapi tak sampai-sampai lori air sampai ke sudah, yang kena kami yang menjawab ni lah. Kena maki tahap gaban ah. Biasalah orang kalu lama tak kena air memang 'panas' kan?...So tak lah kisah sangat kena maki pun.Lagi pun dalam telefon, lantak lah dia nak maki pun...bukan luak, dia je lah letih memaki sampai berpeluh-peluh, pastu tak ada air nak mandi...sapa yang rugi?kitorang tak rugi apa..duduk bilik sejuk lagi.Heh.Ok, ni dah banyak selingan dah ni.

Semasa sedang menjaga kaunter di pusat kawal tersebut..oh, lupa lak, aku menjaga bersama seorang lagi geng yang aku panggil kak lin. Kak lin ni memang gila-gila sikit orangnya. Ada je bahan nak gelak dia. Dalam seronok berbual dan bergurau senda dengan kak lin ni, tiba-tiba datang seorang nenek berbangsa India. Muka penuh cemas, lalu bertanya kepada aku.....Tapi, aku boleh tercengang pulak mendengarkan pertanyaan beliau itu. Muka ku berkerut-kerut campur pelik campur malu campur...ah, memacam ada lah. Yang kak lin pulak dah tutup-tutup mulut tahan nak gelak. Nenek India ni tadi terus jugak menerangkan kepada aku berkaitan masalahnya(aku agak lah berdasarkan muka cemas dia tu dan gaya tangan yang kejap atas kejap bawah kejap terpusing-pusing sampai naik pening kepala aku). Yang aku pulak terus tercengang-cengang sementara kak lin pulak dah mula ketawa-ketawa lalu menerangkan kepada nenek India itu.....'aunt, dia Melayu lah' sambil ketawa besar. Aku pulak tak terkata. Nenek India itu setelah menyedari yang aku ni 'Melayu' memohon maaf. Mesti korang hairankan kenapa dia nak mohon maaf kat aku kan? Mana tak nya, di bantai cakap India dengan aku weh! Lepas tu dia boleh buat 'statement' 'sori adik...saya ingat awak India'...hek eleh...Maluuuuu aku weh.Rasa nak menyorok dalam almari. Tambah dengan gelak ketawa besar Kak Lin setelah nenek India itu berlalu pergi sebaik menerangkan masalah air yang dihadapinya kepada Kak Lin memandangkan aku pada masa itu telah menyorokkan diri di celah dinding.Heh.

Aku pun tak salahkan nenek tu menganggap aku ni orang India memandangkan pada waktu itu aku agak gelap kerana baru habis menjalani latihan perbarisan, dengan free hair' rambut agak kerinting, mata lak agak besar....sebiji orang India pun. Yang kak Lin pulak, semenjak kejadian itu terus memberi gelaran baru pada aku 'Yenna'...mula-mula aku tak suka, tapi dah lama-lama rasa serasi pulak nama tu. Kalau bahasa Tamil 'Yenna' maksud 'kenapa' kalau tak silap aku. Nasib baik bukan maksud yang tak senonoh. Kot tak kena hobin ah Kak Lin tu. Kak lin bagi nama tu coz nak kaitkan nama aku Ina..nak bunyi sikit India dia jadikan 'Yenna'. Maka semenjak dari itu, aku suka menggunakan nama Yenna sebagai nick name aku di dunia cyber dan dengan kenalan terdekat ku. Meski pun lucu, tapi aku gembira kerana ia terhasil dari satu kenangan saat aku bersama Kak Lin...Kak Lin, I Miss U...

Rabu, 8 Julai 2009

Sakit Mata lah Pulak....

Petang semalam, aku tiba-tiba rasa tak selesa dengan mata kananku. Sentiasa keluar taik mata jer. Pandangan pun bertambah tak jelas terhalang oleh taik mata tersebut.Menjelang malam, keadaan bertambah teruk yang mana aku mulai merasa mataku berat semacam dan disertai warna merah menyala.(ok...aku tipu..tak lah merah menyala mana pun...tapi merah dari keadaan biasa lah.)Maka, apabila mengadu kepada bonda tercinta..Pn.Halijah bte Mohd. Salleh, beliau membuat kesimpulan bahawa, aku telah diserang penyakit mata.What?...sakit mata?dah bertahun-tahun-tahun aku tak diserang sakit mata ni.Last aku kena sakit mata masa aku darjah 5, umur sebelas tahun.Memang kronik ah masa tu.Sakit mata yang aku kena masa tu yang jenis bisul kat belas dalam tu...bernanah lak tu...sakit tau! Jadi membayangkan sekali lagi aku harus melalui rasa sakit tersebut, membuatkan aku merasa agak ngeri. Untuk mencegah penyakit itu tidak menjadi parah, maka pagi tadi aku pun menuju ke Klinik Kesihatan berhampiran rumah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sebaik berjaya berjumpa doktor, aku telah mendapat penganugerahan sijil cuti sakit selama 3 hari bermula hari ni hingga Jumaat. Lama gak tu.Aku siap tanya doktor memang kena 3 hari tak boleh pergi kerja?soalan skema seolah-olah bersedih kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab di tempat kerja dengan penuh dedikasinya.Konon!. Doktor tersebut menyatakan memang tak boleh pergi kerja dan dia mengiakan pertanyaan ku mengenai penyakit tersebut yang boleh berjangkit. Aku pun tak nak menjadi salah seorang pembawa virus penyakit mata di office aku tu...maka terpaksa lah menerima dengan redhanya m.c 3 hari tersebut.Heh..heh..

Hah...berkaitan durian runtuh ku untuk entry sebelum ni...Alhamdullilah, aku telah menerima perkhabaran gembira tersebut. Maka...jom kita enjoy...shana..na..na... Walau bagaimanapun, aku tak boleh nak enjoy sekarang kerana hasilnya masih belum dinikmati. Kena lah bersabar. Aku juga sedang memikirkan apa yang perlu aku lakukan dalam masa aku diberi cuti sakit ni. Adakah aku akan menghabiskan masa di depan laptop ku ini atau pun...menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah memandangkan yang sakit cuma mata, bukan anggota badan. Maka aku tidak ada alasan untuk culas membuat kerja rumah...Ok bonda....anakanda sedia berkhidmat demi kestabilan keindahan kediaman kita ye...yeah!(ikut abang ketak dalam program mentor)Semoga sakit mataku ini cepat sembuhnya.Amin.

Jumaat, 3 Julai 2009

Menunggu Durian Runtuhku Yang Entah Bila....


Sudah ku telefon berulangkali pada 'manusia' yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan prosidur 'durian runtuh ku' tu. Tetapi pelbagai alasan yang dikemukakan sampai aku naik mual. Kadangkala kita rasa malu untuk meminta sesuatu yang memang menjadi hak kita sendiri.Takut menegakkan hak sendiri. Kenapa?Tahap kesabaran pun ada batasnya....semoga Isnin ini memberi aku berita yang menggembirakan.Semoga Isnin akan datang, seceria bunga matahari...

Rabu, 1 Julai 2009

Memori bergambarku makin hilang...hu..hu..hu...

Sejak dua menjak ni aku merasakan yang aku sering mengalami kehilangan memori bergambar jangka pendek. Memori bergambar adalah seperti wajah seseorang yang sebelum ini telah pernah aku jumpa tetapi bila berjumpa sekali lagi aku menyangkakan dia adalah orang lain yang juga aku kenal. Korang faham tak ayat aku? Aku pun tak berapa nak faham ni coz jari jemari laju je menaip perkataan-perkataan yang tergambar dalam otak ni. Lantak ah korang faham ke tak ye...sendiri mau ingat lah...

Ok, sambung balik...iklan banyak sangat aku ni...Baru-baru ni aku ditugaskan untuk jaga Bilik Gerakan Wabak Influenza H1 N1 (korang jangan memandai kata tak tau apa benda penyakit tu k) dah riuh sekampung dah pasal wabak ni...kalau baru balik dari tempat yang ada wabak tu..pepandai lah mengkuarantinkan diri anda seminggu di rumah ye...Pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia..heh..heh..iklan lagi nih...Ok..sambung balik...semasa aku menjaga tu, pengarah pun datang meeting kat Bilik Gerakan.Aku yang kebetulan tengah blur coz secara tiba-tiba ditugaskan mengupdated data yang exactly lain dari rutin harian aku sebagai Pembantu Tadbir ni boleh pulak terbayangkan wajah pengarah tu adalah wajah Timbalan Pengarahnya....aje giler hilang akal memori aku ni...terlebih makan semut kot!Mujur aku tak tersalah sebut nama pengarah dengan nama Timbalan dia...kalu tak haru you...heh

Kes kedua pulak, semalam aku attend exam KPSL(cuba lah kan..mana tau ada rezeki sangkut jadi Pen.Pegawai Tadbir ke..cerah masa depan..heh..heh)pastu ada sorang member aku ni datang tegur...aku boleh lak terbayang muka dia tu muka kawan aku yang sama induksi dulu...siap terpanggil nama kawan tu lagi...mujur member yang tegur tu tak sedar.Memori aku pulih dan ingat nama member tu setelah berbual dalam 3 minit macam tu. Ada masanya aku boleh lupa nama officemate lelaki aku terutamanya yang berbangsa India. Hah..jangan cakap aku mengamalkan dasar apartheid lak ye...sejak dua menjak ni aje...aku seolah-olah tak dapat nak membezakan diorang ni mungkin kerana warna kulit yang serupa semuanya membuatkan fikiran aku sedikit terkeliru bila nak memanggil nama.Adoi lah...apa punya penyakit lah ni. Aku tak lah tua sangat nak hilang memori macam ni, tapi mungkin aku perlukan supplement tambahan untuk otak kot..macam ginko ke...kismis ke...kekacang ke...aku risau gak kalu penyakit ni makin lama makin teruk....mudah mudahan hanya seketika je lah hendaknya.Amin.

Sabtu, 27 Jun 2009

Mak saya

Ini lah gambar saya dengan mak, Pn.Halijah bte Mohd.Salleh
Seiras tak?

Selasa, 7 April 2009

Kembara si kembar


Tiba-tiba aku tergerak nak letakkan gambar dua gadis comel kembar ni. Kembar ni anak buah sahabat karib aku, miss Aida(dulu dia ni gila kan sangat pelakon korea nama apa ntah dalam citer eve ke hapa ke....kitorang panggil si pelakon tu pengarah yun). Tengok wajah ceria si kembar yang digelar kakak dan adik ni memang mencuit hati semua yang melihatnya, termasuk aku. Tapi dalam keceriaan mereka berdua ni, ada kisah pilu di sebaliknya. Kembar berdua ni yatim piatu. Mereka sekarang dijaga oleh nenek dan datuk mereka iaitu ayah dan ibu sahabat karib aku tadi.

Cerita mereka memang menyayat hati. Seawal usia 3 atau 4 bulan kalau tak salah aku, ibu kembar tadi meninggal dunia. Aku kurang pasti punca penyakit yang menyebabkan kematian ibu si kembar. Sebaik kematian ibu mereka, si kembar terus dijaga oleh nenek dan datuknya bersama ayahanda tercinta. Dalam usia kembar hampir 2 tahun, ayahnya pula meninggal dunia kerana diserang sakit paru-paru berair. Bila difikirkan, seolah-olah ayah dan ibunya itu seperti berjanji untuk sehidup dan semati bersama. Ini berdasarkan cerita oleh sahabatku tadi, semenjak kematian isterinya, abangnya itu sering jatuh sakit...mungkin rindu pada aruah isterinya tadi. Dan paling memilukan, keluarga sahabatku itu hilang 2 orang tersayang dan digantikan oleh Allah dengan 2 nyawa lain iaitu sepasang kembar yang comel ni buat pengubat rindu pada aruah ayah dan ibunya.

Maka bermulalah kembara di kembar dalam dunia penuh pancaroba ini berlandaskan panduan hidup nenek dan datuknya dan pantauan rapi oleh mak saudara dan pak saudara sekitarnya. Doaku agar si kembar berjaya dalam kembaranya dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Moga si kembar menjadi anak solehah yang akan mendoakan pula kebahagian kedua orang tuanya di alam sana.

Jumaat, 6 Februari 2009

Kursus Release Tension Jabatan

rku

Halluuuu....lamanyer tak mencoret kat dalam blog ni. Maklum lah, sibuk memanjang. Bukan tak on internet...tapi keinginan untuk menulis tu tak ada. Malas memanjang. Oh ye...baru-baru ni jabatan aku mengadakan kursus budaya korporat. Memang syiok giler wa cakap lu.Masa tu lah berkumpul satu jabatan. Kalau tak sebelum ni asyik kerja kerja and kerja. Dalam kursus tu macam-macam program jabatan handle untuk kitorang.Dari sukan pada acara makan-makan, kira puas hati lah....tu yang gambar pun ceria jer kecuali gambar tengah tutup telinga tu.Actually aku ni sensitif dengan sukan atau apa aje yang melibatkan acara belon ni.Masa tutup telinga tu, acara kepit belon sedang berlangsung.Aku pun dengan bangganya mengeluarkan diri aku dari acara itu dan cukup sekadar menjadi tukang sorak yang tak berapa nak menyorak coz sibuk menutup telinga takut belon meletop!heh...aku pun tak tau lah kenapa aku pantang dengar bunyi letupan meskipun letupan nya .....hala..hala..hala...sikit secoit je.Tapi tang acara lain, aku masuk tau.Termasuklah tarik tali.Lawak ah...bukan tarik tali,tali tarik aku....kesimpulannya memang best!