Sabtu, 6 Disember 2008

Anak buah makngah


Halluuuu...lamanye tak mencatat dalam blog. Biasalah, bila kemalasan telah menjelma, kerja pulak bertimbun kat office, bila balik dah penat, malas ler nak mengadap komputer kat umah. Ni kebetulan cuti hujung minggu agak panjang kan..ada masa lah nak menulis ni. Hari ni aku nak cerita pasal anak buahku yang sorang. Maklumlah, anak buah pertama dalam family, kasih sayangnya melimpah ruah. Aku memang sayang la kat anak buah aku ni, dah la ada lesung pipit kat pipi bila senyum ke, ketawa ke...itu yang buat aku sayang sangat kat anak buah ku yang sorang ni. Kekadang, bila dia nakal, aku marah la kat dia. Dia boleh lak agah kita balik main bacak pulak sambil tunjuk lesung pipit dia tu....tak jadi nak marah lama...geram ada. Sabar yo lah!Baru anak buah kan..kot anak sendiri, tak tau lah dia punya sayang.Heh!Eh lupa nak bagi tau, nama anak buah aku ni Nur Dania. Skang dia dah pandai cakap sikit-sikit. Umur dia baru 1 tahun 8 bulan. Favourite show dia 'Tom-tom bak'. Kalu keluar show tu, tak berkelip dia mengadapnya. Mulut cerabih je sebut 'tom-tom bak'. Dania ni cucu kesayangan atuk dia. Memang kamceng habis. Kalu datang rumah kitorang, mesti cari atuk dia. Lepas tu, dia suka hati ubah nama panggilan wan dia (mak aku lah tu) dari wan pergi ke nenek. Skang ni panggil mak aku nenek pulak. Suka hati dia je.Lepas ni, semua cucu mak aku kena panggil dia nenek la nampaknya. Tapi Dania, tak ngam dengan nenek dia ni, asyik nak jerit je kalu nampak mak aku. Entah kenapa agaknya....tapi, dia cukup takut kat adik bongsu aku. Kalu dia nakal je, aku sebut je "'maksu' dania nakal ni ", terus senyap dia.heh. Begitu lah ceritera anak buah aku.

Tiada ulasan: