Khamis, 24 Jun 2010

Persoalan Di Fikiran

Sangat memikirkan tentang 'sesuatu' saat ini...macam ada 'satu rahsia' yang tersembunyi...keinginan yang amat sangat untuk mengetahui. Namun tidak mahu ia kelihatan ketara hingga menimbulkan curiga dan syak wasangka. Nak memulakan pertanyaan pun lidah kelu seribu bahasa kerna bimbang ditafsir cemburu buta....tapi hakikatnya..hati meronta2 ingin tahu...bolehkan aku melontarkan soalan melalui angin lalu...jawapan dirungkai sepintas lalu...entahlah..bercelaru...

Isnin, 7 Jun 2010

24.9.2010


Aduh....tak lama lagi tarikhnye ni...persiapan macam siap tak siap aje lagi ni.Aduhai...selagi tak jejak ke tarikh tu..selagi tu hati tak tenang ni..moga semuanya berjalan lancar.Moga selamat dan dilindungi Allah hendaknya.Amin.

Sabtu, 5 Jun 2010

Walang Hati

Moga suasana itu cepat sejuknya.Moga suasana itu cepat damainya.Aman lah..bahagia lah..berdamailah..berdamailah..berdamailah...moga subur sifat kasih sayang dan mengasihi sesama kita di dalam diri kita ini...jauhi permusuhan..hidup di dunia lebih bahagia dan bererti tanpa rasa bermusuhan sesama sendiri..pelihara lah hati..pelihara lah jiwa..asuhlah minda..asuhlah akal...elakkan sengketa..Allah bersama kita..Allah perhatikan kita..Allah melindungi kita..

Ahad, 28 Mac 2010

Menghitung Hari....

Kuasa Tuhan..tak siapa boleh menghalang. Jodoh,Pertemuan,Ajal dan Maut semuanya ketentuanNya..

Selasa, 29 Disember 2009

Zaman sekolah 1

Adalah satu waktu di masa aku form 5 dulu.Cerita sikit punya lama ni. Ni baru teringat balik. Kisahnya, aku dengan sorang kawan aku ni berpakat nak kena kan sorang budak lelaki sekolah sebelah. Untuk pengetahuan, kami ni sekolah perempuan. Biasa ah,dah tak ada budak lelaki kat sekolah kami, so usha ah budak lelaki sekolah sebelah.Heh.Eleh..korang pun sama kan..Plannya, member aku dapatkan no.phone budak lelaki ni..kemudian kitorang sapa-sapa yg berani,call budak tu. Aku dengan penuh gentlewomen pun menyahut cabaran itu lantas mengambil risiko untuk menelefon budak lelaki terbabit.

Untuk makluman, itu lah kali pertama aku mencuba bakat dalam arena mengusha ni. Sebelum nih..sumpah tak tau.Malu pun iya..lagi pun aku sedar diri yang tak seindah mana ni kan..he..bermadah la pulak. Maka operasi mengusha pun bermula. Tiap-tiap malam ah bergayut di telefon umah..ni tk padan nak SPM ni.Nasib budak tu yg call.Kira percubaan mengayat 'ayat-ayat cinta' aku kat budak ni agak berjaya lah. Selepas 3 minggu berhubung..kami mengambil keputusan untuk membuat pertemuan..cewah..memula aku menolak dengan baik kerana aku pun bukan nak serius pun dengan dia..sekadar berkawan tanpa kenal rupa je. Tetapi setelah dipujuk rayu..hatiku yg keras ini pun cair bagai kan aiskrim di tengah hari terik..ahak..ahak..Setelah persetujuan dicapai,maka temujanji pun diatur.

Hari temujanji..'kembang kempis dadaku...merangkai butir cinta..'heh..melalut pulak. Seperti kebiasaan temujanji,kena lah aku bersiap cantik-cantikkan..masalahnya..tak cantik mana pun..perasan je lebih..Kami berjanji untuk berjumpa di depan bangunan yang depannya ada pokok bebanyak tempat orang lepak. Depan bangunan tu ada satu shopping complex yang memang semua orang tuju kat situ..memang masa tu shopping complex tu paling havoc ah. Aku tunggu mamat ni dengan sorang member aku. Dengan rambut tocang lipan sambil memintal-mintal hujung rambut, aku setia menanti si mamat ni. Rupanya,si mamat ni dah tunggu kami kat pokok sebelah dgn basikal bmx dia.Sedang dia dok bersembang dengan kawan dia sambil terjeling-jeling kami kat sebelah, aku memberanikan diri pergi bertanya..'Salam...ni .......(Nama dirahsiakan.heh)Si mamat itu mengangguk takut-takut. Aku pun hairan lah..apasal lak dia takut-takut.

Tak sempat duduk..tetiba jer si mamat ni minta diri nak balik.Dia dengan kawan dia nak blah kerana ada hal. Aku dan kawan aku pun tercengang-cengang lah..apa kes?Tapi tak kisah lah..walaupun hairan campur bengang..boleh dia blah tinggal kan aku terkontang kanting macam tu..Malamnya seperti biasa aku pun menunggu lah panggilan telefon mamat ni..tapi sampai ke sudah..dia tak call pun. Maka malam esoknya aku memberanikan diri call dia. Mujur dia yang angkat.Aku pun bertanya,dia sibuk ke?tau apa jawapannya?jawapan yang dia tak pernah berikan setiap kali aku tanya sebelum pertemuan kami tu.'ha ah...sibuk.'dengan nada acuh tak acuhnya. Aduh..pedih menikam kalbu rasanya jawapan yang diberi. Aku pun tak nak lah seperti perigi mencari timbakan, maka tindakan bijak aku ialah terus meletakkan telefon dan terus tidak menghubungi dia untuk selama-lamanya.

Kesimpulannya ialah..budak lelaki tu menjauhkan diri mungkin kerana malu berkawan dengan aku yang tak serupawan mana. Mentaliti budak lelaki tahun 1995 kan..zaman fiona..4U2C dulu kan...mesti bajet awek rappers jer kan..aku pulak dengan cermin mata besar,skema semacam jer..kulit pun berkarat asyik berjemur...badan pun sedikit berisi...siapa lah nak pandang..Begitu lah kisah zaman sekolah aku dulu..ntah apa-apa..tapi,bila dah tua-tua ni,bila terkenang semula rasa nak tergelak..guling-guling pulak.

Selasa, 22 Disember 2009

RiMaS

Hari ni datang kerja. Serabut pagi-pagi tengok fail dan surat yang perlu diambil tindakan. Semalam cuti kecemasan. Hari ni nasib lah kerja bertimbun. Meluat ah..rasa nak campak jer fail-fail tu ke Kutub Utara biar hilang tanpa kesan. Tak pun kat Segi Tiga Bermuda.Biar fail-fail tu dok diam kat sana. Ringan sikit kerja aku. Heh....jangan kau mimpi kata Siti Sarah dalam lagunya...selagi dah namanya kerja..selagi tu lah fail-fail dan surat menyurat yang perlu kan tindakan tu akan terus menghantui hidup ku hari demi hari.

Lagi pun...kerja kan..kalau tak ada fail dan surat-surat tu, tak ada lah kerja aku. Makan gaji buta je lah jawabnya. Tapi kekadang aku rasa terlalu banyak bebanan kerja yang perlu dibuat oleh seorang kerani. Mana nak urus surat,fail,pastu sistem Sumber Manusia bagai lah..belum lagi urusan perkhidmatan staff...macam-macam...susah rupanya jadi kerani zaman sekarang ni.Tapi tak mengapa,kerja itu kan ibadat..maka kena lah ikhlas melakukannya..meski kadangkala hati memberontak..tapi bila diingat kalau nak dapat rezeki yang berkat,kita perlu ikhlas dalam bekerja,kurangkan merungut dan sebagainya. Cakap memang mudah..nak melaksanakannya,aduh..tuhan aje yang tahu. Sekali dua teringat lah.dah lama-lama,bila dikuasai rasa marah dan bengang dengan kerja bertimbun, masa itu lah keikhlasan bertukar kemeluatan..mulut merungut tak henti..aduh....bagaimana ya nak memupuk rasa ikhlas dalam bekerja?Memang banyak artikel dan buku-buku berkaitan, namun kesedaran masih tak kunjung datang...kesudahannya,kembali ke sikap asal yang tak ikhlas itu semula.Sabar je lah.

Isnin, 21 Disember 2009

Rindu...........

Aku dalam mood 'rindu'..ahaks..Baru sekejap tadi berpisah. Dah terigau-igau tingkahnya di depan mata. Senyumannya yang manis, gelak tawa yang menghiburkan dan telatah lucunya. Aku jadi rindu. Rindu sangat. Bagaimana harus ku tempuhi hari esok tanpa dirinya di sisi ku lagi?Tidur malam ku sunyi tanpa dia disisi. Meski kadangkala sikapnya mencabar kesabaranku...namun aku tetap rindu akan sikap itu..Aku memang rindu..serindu-rindunya.Entry ni khas untuk my lovely anak buah...NURDANIA BINTI NORAZLI. Mak ngah rindu kakak....